Hidup ini penuh dengan dugaan,tapi biarkanlah kesabaran menempuhinya.Kerana sabar adalah separuh daripada Iman.
Sabar..sabar..sabar.Sabar separuh daripada Iman.Mungkin ada yang
tidak tahu apa itu sabar,kadang2 sekejap je dapat sabar,lepas tu lain
jadinya.Banyak perkara kita perlu bersabar.Contohnya dalam kerjaya,jika
tiada kerjaya,jadi tiadalah pendapatan dan sesuatu kerjaya haruslah
bersabar.Bersabar ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan
pemikiran.Kadang2 kita akan marah,jika sesuatu yang kita inginkan dari
perkerjaan tidak tercapai.
Ada perkara yg kita harus bersabar,dan ada perkara yg
tidak.Contohnya ada makhluk Allah melakukan maksiat,takkanlah kita hanya
bersabar dan tinggalkan mereka melakukan maksiat,kalau boleh
tegurkanlah mereka dengan cara tangan.Haha..bukan bermaksud memukul
mereka,tetapi dengan menggunakan kuasa kita untuk melarang mereka
daripada melakukan maksiat.Selain itu menggunakan lidah.Takkanlah kita
nak menunjukkan kecantikan lidah kita kepada mereka daripada membuat
perkara tersebut,tetapi dengan menasihati mereka.
Selain itu dengan menggunakan hati,iaitu membenci perbuatan
tersebut.Allah memiliki sifat As-Sabur iaitu Allah bersifat Maha
Sabar.Allah telah mengurniakan sifat sabar(hawa nafsu) kepada
manusia.Cuba kita fikirkan jikalau Allah tidak mengurniakan kita sifat
sabar,mungkin kita akan selau marah dan gelojohkan?..Jadi,sebab itulah
perlu sabar dalam kehidupan.Jadi ingat,sabar itu separuh daripada Iman..
No comments:
Post a Comment